Rabu, 19 Januari 2011

spegeti bebola daging

Bahan-bahan Sos Tomato:
1/3 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil
1/2 batang lobak merah - diparut
1 batang seleri - diparut
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
1 sudu besar tomato puri
2 tin tomato - dihancurkan
500 gm spageti - direbus
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Bebola Daging:
500 gm daging lembu - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu
2 sudu besar daun parsli - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay.
2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar.
3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat.
4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging.
5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil.
6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning.
7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan