Prosedur makan di hotel.
Sebagai tetamu kita hendaklah mengikut prosedur tempat
makan,sekiranya makan dihotel terdapat banyak prosedur kerana makan dihotel adalah
formal. Antara prosedur yang mesti dipatuhi adalah sepertiberikut.:
· 1. Duduk
di tempat yang telah disediakan
2. Sebagai pelanggan atau tetamu sesebuah hotel, kita
hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Contohnya duduk di kerusi
yang telah disediakan dan sekiranya sebuah meja terdapat 4 kerusi dan hanya 4
tetamu sahaja yang boleh berada di meja berkenaan. Tidak dibenarkan menambahkan
bilangan kerusi sekiranya bilangan tetamu lebih dari bilangan kerusi yang
disediakan di meja berkenaan.
·
Pemilihan
makanan yang mengikut kategori.
1. Sebagai tetamu disesebuah hotel, kita hendaklah mengikut
prosedur agar lebih teratur.Dalam aspek pemilihan kategori makanan pula,kita
hendaklah mengambil hidangan mengikut langkah yang betul iaitu dimulakan dengan
sup dan salad sebagai pembuka selera kemudian diikuti dengan hidangan utama dan
diakhiri dengan manisan atau pencuci mulut.
· 2. Mengunakan
alatan dengan betul
3. Mengunakan alatan dengan betul adalah salah satu prosedur
makan dihotel. Contohnya kita hendaklah mengunakan alatan yang betul contohnya
mengunakan sudu sup untuk memakan sup dan mengunakan pinggan dessert untuk
hidangan manisan. Sekira alatan siap digunakan, letakkan garpu disebelah kiri
dan garpu disebelah kanan bersama di arah jam tiga di atas pinggan dengan bahagian
pisau menghadap kedalam untuk menunjukkan anda selesai makan.
· 4. Mengamal
amalan yang baik ketika makan di hotel
Ø Makan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan
Ø Berbicara dengan suara yang
perlahan
Ø Menutup mulut ketika batuk
dan bersin.
Ø Jangan menyandar punggung
disandaran kerusi
Ø Jangan menimbulkan suatu
percakapan ketika mengungah makanan.
Ø Jangan memainkan makanan
dengan peralatan makanan.
Ø Jangan menimbulkan suara
ketika memakan sup.
Ø Napkin yang disiapkan untuk
anda hanya untuk membersihkan mulut apabila kotor.
Ø Jangan mengambil makanan
dari pinggan orang lain dan jangan meminta makanan dari orang lain.
Ø Jangan lupa mengucapkan
terima kasih setiap kali meminta tolong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan