Sabtu, 16 Julai 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

sepanjang pengajianku 4 tahun di UPM aku jarang balik kerumah... disebabkan aku ni aktif kolej so, cuti aku byk terisi di Kolej... baru2 ni masa aku balik mak teringin nk mkn ikan patin masak tempoyak.. so aku ni kan anak yang baik.. masak la tuk mak... untuk kwn2 yg nk belajar masak blh la cuba2 yg aku masak ni.. simple je..campak2 je apae yg ada kt dapur tu..yg penting rasa masam, masin...ermmmm.. dah sdp...

Bahan-bahan :


  • Seekor ikan patin  (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 5 biji cili api (ditumbuk halus)....nk pedas letak la byk skit
  • 2 ikat daun kesum
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan) sedikit garam...sedikit  gula
  • 2 senduk tempoyak (agak2 anda)...ikut citarasa ya.....

Cara-caranya:

Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.
masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,
masukan daun kesum dan biarkan sampai ia mendidih...
sambil itu masuk kan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

kemudian hidangkan.... ermmm.. sdpnya.. lapar la plak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan