kehidupan ini indah andai kita gunakan dengan sebaik mungkin. Kehidupan ini akan bermakna andai kita gunakan ke jalan yang benar. Setipa detik waktu yang berjalan sangat bernilai. Sekarang aku telah menjadi seorang guru pelatih. Sudah 3 minggu akau menjadi guru pelatih. Begitu indah kehidupan ini. Pelbagai ragam anak didik yang kujumpai. pelbagai ragam guru ku temui. Bersama sebuah kehidupan yang indah ini ku perbetulkan NIATku.. Nawaitu yang indah tiada yang lain hanya satu..Niatku hanya untuk mendidik. terutama anak-anak melayu..anak2 bangsaku.
Syukur kepadaNYA telah mengizinkan aku masih didunia ini. Masih bernyawa dengan oksigen yang diberiNYA. masih mampu untuk melihat keindahan alam yang indah. Syukur aku diberikan dengan semua ini. teristimewa buat anak muridku yang sentiasa dengan ragam dan kerenah yang pelbagai.terima kasih kerana memberi cigu pengalaman yang indah. kepada rakan sejawatan terima kasih dengan ajaran dan didikan darimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan