TAJUK TUGASAN : KUIH TRADISIONAL
TEMPAT : bilik masakan SRT, UPM
pengalaman pertama buat pulut inti.. alhamdulillah mendapat hasil yang memuaskan hati.
BAHAN-BAHANNYA:
TEMPAT : bilik masakan SRT, UPM
pengalaman pertama buat pulut inti.. alhamdulillah mendapat hasil yang memuaskan hati.
BAHAN-BAHANNYA:
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
1 s/t garam
1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka
1 cawan gula pasir
3 helai daun pandan (disimpul)
Daun pisang secukupnya - dipotong dan dilayur
CARA-CARANYA:
Cuci beras pulut dan masukkan kedalam mangkuk, masukkan pula santan dan garam kedalam beras pulut tadi kemudian masukkan bahan tadi kedalam microwave dan masak selama 15 minit tapi keluarkan setiap 5 minit untuk digaul supaya pulut masak rata, kemudian buat proses yg sama sehingga pulut masak.
CARA MEMBUAT INTI:
Masak air gula bersama gula melaka dan daun pandan, masuk pula kelapa parut, gaul berulang kali sehingga kelapa hampir kering.
CARA MEMBUAT PULUT INTI:
Ambil sedikit pulut yang telah masak tadi dan bentukkan bujur, letakkan ditengah-tengah daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu, letakkan pula sedikit inti kelapa diatas pulut tadi kemudian lipatkan seperti gambar diatas, buat hingga habis dan sedia untuk dihidang.
~selamat mencuba
~selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan