Bahan-bahan ( 2-4 orang )
Utk pulut:
1 ½ cawan beras pulut
180ml santan dari separuh kelapa
1 sdk garam Utk inti:
4sdb gula
1 ½ cawan kelapa parut (putih)
100ml air
1-2 helai daun pandan - bersih & simpulkan
1 sdk tepung gandum/serbaguna
Cara-cara
- utk masak pulut, kukus spt biasa, tp pd yg kurang arif nk mengukus, blh ikut cara saya:
- Bersih dan rendamkn pulut semalaman.
- Sejatkan pulut dan kukus hgga masak.Bawa keluar dr kukusan, letak pulut dlm bekas kemudian arun dgn santan yg telah dicampur dgn garam. Bila siap arun, boleh dikukuskan semula buat 5min lg atau kalau tak nak pun tak mengapa. Setelah itu, tekan & ratakan pulut dlm bekas.
- Utk inti:
- Panaskan kuali dgn api sederhana besar. Masukkan 2sdb gula, hanguskn (sambil2 tu kacau2 supaya gula tak terus hangus!). Bila smua gula dah likat keperangan, tmbh air, biar ia mendidih kemudian kacau dan masukkan baki gula td serta daun pandan.
- Kurangkan api dan masukkan kelapa parut pula. Kacau2 hgga inti memekat sikit, dlm 2-3 minit.
- Akhir sekali taburkan tepung dan kacau utk 1 minit lagi dan angkat. Siap utk dihidang dgn pulut td.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan