Ahad, 28 November 2010

ni yang aku belajar..



yang ni plk mushroom soup..
Resipi : Mushroom Soup (Creme De Champignons)
Kaedah memasak : Merenih
Porsi :2 orang
Kos : RM 5
Peralatan :
  • mangkuk pelbagai saiz
  • pisau
  • landas cincang (papan pemotong)
  • sudu pelbagai saiz
  • jug penyukat
  • periuk
  • sudip
  • blender     
Bahan -bahan yang diperlukan :
  • 50gm bawang besar
  • 10gm leek 
  • 20gm celery
  • 20gm carrot
  • 50gm mentega
  • 50gm tepung gamdum
  • 1 liter stok putih (dari ayam)
  • 200gm cendawan putih / 1 tin
  • 1 uncang bouquet gami
  • 1/2 ts garam
  • 1/2 ts lada sulah
  • 125ml susu (whipping cream)
Cara penyediaan :
  1. Saute bawang besar, leek, carrot dan celery yang dihiris dengan menggunakan mentega tanpa menjadi perang
  2. Campur ke dalam tepung gandum dan masak perlahan- lahan tanpa menjadi perang sehingga rupa tekstur menjadi berpasir
  3. Tutup api dan sejukkan sebentar
  4. Dengan perlahan, masukkannya kedalam stok panas. Kacau sehingga mendidih.
  5. Tambah kedalam cendawan yang telah dibersihkan dan dihiris atau dicincang. Masukkan bouquet gami dan perasakan
  6. Renihkan selama 30-40 minit. Buang buih atau kotoran jika perlu.
  7. Keluarkan bouquet gami. Tapiskan atau kisar (liquidise)
  8. Masukkan semula kedalam periuk yang bersih dan didihkan semula
  9. Sesuaikan rasa dan konsistensi. Akhir sekali masukkan susu
Cara menghidang :
  • Boleh dihidang panas atau sejuk bersama croutons, bun dan disertai mentega
  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan