Isnin, 21 Oktober 2013

Elektronik

hasil dari pelajar 3 HERON 2013

Nota KHB Tingkatan Tiga : Teras ( Bab 3: Elektronik )

KHB : TINGKATAN 3
Bab 3 : Elektronik

3.1 Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.

Komponen

  1. Litar Bersepadu ( Intergrated Circuit – IC )
Dikenali sebagai Litar Terkamil
  • Terdiri daripada beberapa komponen elektronik seperti transistor, diod, perintang tetap dan pemuat yang membentuk suatu litar lengkap @ separa lengkap yang disebutserpihan.
  • Saiz sangat kecil.
  • Terdiri daripadaperumah dan soket
  • Wayar emas : menyambungkan serpihan pada pin-pin litar bersepadu.
  • Pin-pin : menyambungkan IC dengan litar di luar.
  • Bilangan pin bertambah dengan bertambahnya fungsi IC.
  • Berkuasa rendah, tidak menghasilkan haba berlebihan dalam litar
  • Digunakan dalam peralatan ; komputer, kalkulator, jam tangan berdigit dsb.
  • Separa bulatan ( Notch ) : membantu mengenalpasti nombor bagi setiap pin.

            Keselamatan penggunaan IC.

  • Pastikan IC tidak menerima haba terlalu panas semasa memateri.
  • Pateri soket IC dahulu sebelum memasang IC.
  • Semasa memasang IC ke soket, pastikan sambungan pin betul supaya tiada litar pintas.
  • Simpan di dalam bekas plastik antistatik @ benamkan pin pada span untuk mengelakkan pin bengkok.
  • Gunakan nilai voltan dan arus yang sesuai berpandukan lembaran data.
      
            IC Muzik

  • Menyerupai sebuah transistor
  • 3 kaki
  • Nombor yang biasa digunakan : BT 66T-19L atau FT 66T-68L
  • Irama berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.





           Litar Bersepadu – IC



                IC Muzik
  1. Suis Mikro [ Micro Switch ]
  • Dua fungsi dalam satu suis
  • Tiga kaki @ tamatan iaitu kaki ‘COM’, ‘NO’ ( Normally open ) dan ‘ NC ‘ ( Normally close ) yang menentukan samada suis berfungsi sebagai suis tekan buka atau suis tekan tutup.
  • Sewaktu menggunakan suis mikro :
i.          gunakan voltan yang betul semasa memateri
ii.         pateri pada kaki @ tamatan yang betul mengikut fungsi
iii.        disimpan di tempat kering

            Pematerian :

i.                    Suis Tekan Buka.
·        Pematerian pada kaki ‘COM’ dan‘NC’
·        Dalam keadaan hidup jika lengan tidak ditekan
·        Arus mengalir dalam litar apabila punatnya dilepaskan

ii.                  Suis Tekan Tutup.
·        Pematerian pada kaki‘COM’ dan ‘NO’.
·        Suis ditekan, arus akan mengalir dalam litar.
·        Arus berhenti mengalir apabila lengan dilepaskan.






  1. Mikrofon

Fungsi :
·        Mikrofon mengesangelombang bunyi dan menukarkan kepadagelombang elektrik.
·        Gelombang elektrikditinggikan denganpenguat         ( Amplifier ) dan kemudian dikeluarkan melalui pembesar suara.
·        Pembesar suara menukarkan gelombang elektrik kepadagelombang bunyi.
·        Digunakan dalam sistem siaraya, studio rakaman, studio penyiaran dan sebagainya.
·        Bahagian-bahagian utama mikrofon :
i.          Tranduser ( alat pengesan ) : untuk mengesan gelombang bunyi
ii.         Litar elektronik :mengalirkan arus elektrik yang terdapat gelombang bunyi
iii.         Penghadang angin :membenarkan angin memasuki bahagian tranduser untuk ditukarkan kepada gelombang bunyi.

Jenis mikrofon :

Ditentukan oleh jenis tranduser yang digunakan, iaitu :
i.                   Mikrofon  jeniskarbon
ii.                  Mikrofon jenisgegelung bergerak
iii.                  Mikrofon jenispemuat




  1. Pembesar suara

·        Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.
·        Digunakan pada peralatan seperti radio, televisyen, telefon dan sistem siaraya.
·        Bahagian-bahagian pembesar suara :
i.                  Magnet kekal
ii.                 Gegelung dawai
iii.                Diafragma atau kon
iv.                Kerangka
v.                 Tamatan

·        Gegelung dililit pada kertas berbentuk silinder yang dilekatkan di hujung diafragma.
·        Gegelung ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.
·        Kerangka : memegang diafragma supaya tidak tertanggal.
·        Pembesar suara yang lazim digunakan ialah jenis gegelung bergerak.
·        Lazimnya dilabelkan dengan nilai impedans atau kadar rintangan dalaman, kuasa dan diameter kon.
·        Nilai impedans disukat dengan unit ohm [ Ω ] dan kuasa dalam unit [ watt ]

·        Operasi :
i.           Arus elektrik mengalir masuk ke bahagian gegelung melalui tamatan.
ii.         Gegelung akan menghasilkan medanmagnet yang bertindak terhadap medanmagnet kekal.
iii.        Tindakbalas ini menyebabkan diafragma bergetar kerana ditolak oleh gegelung berulang kali.
iv.        Getaran diafragma menghasilkan gelombang bunyi.






1 ulasan:

  1. Cikgu boleh tak saya nk suruh cikgu ajar saya sikit bab elektronik , kalau boleh kita ws ja 0174792746 , takpun bg number cikgu

    BalasPadam